Wednesday, May 4, 2011

cara kencing dalam islam

Membuang air kecil atau kencing adalah satu keperluan bagi setiap manusia. Kencing merupakan salah satu nikmat yang dikurniakan Allah SWT yang patut kita syukuri. Bayangkan kalau kita menahan kencing? Pasti rasa kurang menyenangkan. Bila dilepaskan, fuh! satu nikmat yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata.. hehe..

Cara kencing yang betul ialah mengikut cara Sunnah Nabi SAW. Semasa kencing, kita perlu mengikut adab yang telah digariskan dalam Islam kerana kebanyakan manusia mendapat azab kubur hanya akibat kencingnya tidak sempurna (percikan air kencing kena pada pakaian). Sebagaimana sabda Rasullullah SAW :
“Sucikanlah dirimu dari air kencing, kerana sesungguhnya sebahagian besar seksa kubur itu disebabkan olehnya”. (Hadits Riwayat Ad-Daruquthni)
Cara kencing yang betul ialah 

  • mencangkung sambil menutup kepala. Syaitan akan kencing di atas kepala yang tidak ditutup. 
  • Punggung pula duduk di atas kaki kanan. Tarik seluar atau kain hingga ke paras bawah lutut. 
  • Tangan kiri anda menekan sedikit di perut. Tangan kanan diguna untuk tutup kepala. Sila rujuk gambar.

cara kencing yang betul
Cara kencing yang betul. Bukan berak ya..
Jamban yang berbentuk bowl (mangkuk tandas) TIDAK digalakkan pasang di rumah kerana ianya amat sukar digunakan jika mencangkung. Pernah terjadi kes mangkuk tandas pecah selepas seorang perempuan duduk di atasnya ketika hendak membuang air sehingga menyebabkan kecederaan yang serius. 
cara kencing yang salah
Tidak dibenarkan kencing sambil berdiri kerana dikhuatiri percikan air kencing terkena pada pakaian sehingga tidak sah solat
Selepas air kencing berjaya dibuang, picit-picit sikit kemaluan tu sambil goyang-goyang sikit badan sambil berdehem tiga kali supaya sisa-sisa air kencing dapat dikeluarkan sepenuhnya. Barulah masalah kencing tak tos dapat diatasi. 

Selepas itu, basuh kemaluan dengan air mutlak yang mengalir. Kemudian, keringkan dengan tisu. Akhir sekali sila flush dengan senang hati tanpa rasa bersalah :)

Ada apa nak tambah tak? sila beritahu di ruangan komen. Terima kasih


Sumber : http://www.firdauskasim.com/2011/04/cara-kencing-dalam-islam.html#ixzz1LTY17EJC




pesanan untuk kaum muslimin


Lirik senyummu manis sekali,
Namun ini aku menyedari,
Ia adalah ranjau berduri.

Senyumanmu itu racun berbisa,
Mengugat naluri menggoda jiwa,
Walau rupamu amat menawan,
Namun ku tetap pilih yang beriman.
Ranjau Menawan - NowSeeHeart
Dahulu muslimat mungkin merupakan cabaran yang besar yang dapat meruntuhkan keimanan seorang muslimin. Namun hari ini, ketahuilah wahai muslimin, anda merupakan cabaran yang besar bagi muslimat dalam memagari diri di dalam rumah 'solehah'. Saban hari ada sahaja penjaja-penjaja cinta yang melalui halaman rumah 'solehah' ini, yang membuatkan kadang-kadang, muslimah ini teruja untuk melihat 'apakah yang dijual mereka?'.

Ketahuilah wahai muslimin,
Kami memagari diri kami,
Agar kamu (wahai muslimin) dapat istiqamah dalam perjuanganmu,
Kami mengeraskan kelembutan kami,
Agar kamu mampu fokus dalam gerak langkahmu,
Kami lari dari fitrah azali kami,
Agar tidak terganggu imanmu,
Namun mengapa kamu masih mengusik hati serta keimanan kami?
Sedang kita perlu saling bantu-membantu dalam menjaga iman masing-masing.
Agar gerak kerja kita dalam perjuangan ini tidak terganggu. Sekiranya kamu sering menganggu iman kami, maka kelemahan kami yang terserlah pula akan menganggu imanmu. Dan akhirnya kita bersama-sama jatuh ke tempat yang binasa. Na'uzubilahi min zalik!
Apabila kamu melihat ada muslimat yang solehah, atau yang sedang mengadaptasi sifat 'solehah' dalam diri. Jangan kamu ganggu mereka dengan kata-kata manismu, jangan kamu ganggu iman mereka dengan menguji sejauh mana tahap 'solehah' mereka. Apakah kamu tegar kehilangan bunga-bunga 'solehah' yang bakal mengindahkan dunia Islam ini?.

Kami sendiri pelik, apabila ada muslimin yang mengirimkan article tentang 'ikhtilat', sebagai peringatan buat muslimat. Tetapi kemudiannya muslimin itu sendiri menghantar mesej,
'Hati-hati ye balik, kalau terjatuh,bangun sendiri, hehe'.
Atau mungkin apa sahaja perbuatan atau perkataan yang boleh mengundang dosa. Jangan menipu diri sendiri muslimin hanya dengan bertopengkan ilmu kepalsuan.

"Owh maksud saya tu, jaga diri. Awak jangan su'uzhon",
"Saya tak nak lah rasa ikhtilat ni  terlalu formal kita biasa-biasa je "

Apa sebenarnya yang kamu (wahai muslimin) cari?
Kamu mahu kami menjadi muslimah solehah, tapi kamu tidak membantu kami ke jalan itu,
Malah kamu sering menganggu 'perhatian' kami.
Atau mungkin kamu ingin kami jadi muslimah yang hipokrit? Di depan semua orang, ikhtilat, aurat, ibadah semua dijaga,
Tetapi di belakang orang,kami hanya memiliki abu-abu iman yang ringan, yang tidak berguna.

Ketahulah wahai muslimin,
Kita memerlukan kekuatan satu sama lain,
Dalam memangkin perjuangan ini,
Jika salah satu dari kita lemah dalam mempertahankan iman,
Ia akan memberi kesan kepada keduanya.

ketahuilah wahai muslimin
kami ingin menjadi isteri yang solehah, juga ibu yang dapat menjadi qudwatun hasanah,
Bagi melahirkan mujahid dan mujahidah,
kami memerlukan seorang suami yang soleh sebagai ketua keluarga,
Jadikan kami ini selayaknya untuk kamu,
Dan kamu selayaknya untuk kami.

Muslimat- perempuan
Muslimin- lelaki
Ikhtilat - perhubungan lelaki dan perempuan
su'uzhon- bersangka buruk



artikel ini di petik dari saudara akil krismanhttp://www.facebook.com/aqil.krisman

Tuesday, May 3, 2011

GEMPAQ BUSH bt pembedahan plAstik

gweeee

ni post aku yang kedua untuk hari ini... semalam gempar sal Osama dah meninggal... Al-Fatihah sebab kita punya turn xlama lagi , well aku bukan nak citer sal Osama tapi sal Bush bekas President Amerika (trivia... amerika xde pedana menteri ye..)

baru-baru ni aku dapat satu info yang dia dah bt plastik surgery..huhuhuhuhu aku ingt orng perempuan je yang gila bedah2 ni dia pun nk juga... dan hasilnye aku akan pertontonkan...
seperti dibawah





muka sebelum bedah masih lagi kelihatan kejahatan walaupun tersenyumm....




yang ni plak muka dia pas bedah... korang de nampak perubahan tak???


xnampak pepe ke?? hummm xpe xpe korang scroll lagi.... keajaiban 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-

-

-
-
-
-

-

ini lah saatnya... saksikan lah....






mcm kenal je....
ehh cuba turun bawah sikit lagi...
























kihkihkih macam aku penah jumpa je time g trip indonesia tahun lepas >_<




dan hasil pembedahan sepenuhnya...


patut la... macam tak de papa perubahan.... coz inside still same... hahahahaha
talam dua muka ni... 

Monday, May 2, 2011

macam mana nak Print Screen???


hehehe >_<
excited sangat ni my 1st time tutorial bab edit mengedit... arini aku nak
kongsi ngan korang macam mana nak print screen... humm macam senang tapi kalau yang tak tahu susah juga...( beriya aku menaip macam ada orang yang nak singgah baca..wakaka)
1st thing yang korang semua kena buat yakni kena cari butang print screen selalunye button print screen ni ada sebelah F12.tekan butang tu pada page yang korang nak copy

2nd korang korang g kat paint,then korang tekan button paste je macam ni.


korang paste je... pastu save... 3 langkah mudah 1- tekan print screen 2-masuk paint dan paste 3-save... kini korang dah pakar dalam memaksimumkan kegunaan dekstop dan lap top korang...
sekian....